Kami daripada warga kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Seluruh Malaysia serta diucapkan juga kepada Guru Besar, Semua Guru Penolong Kanan, Semua guru, Semua kakitangan sokongan dan semua murid di SJKT Paya Rumput yang akan menyambut perayaan Deepavali.
Khamis, 27 Oktober 2016
TAHNIAH! MURID DARI KELAS PENDIDIKAN KHAS TELAH MENDAPAT TEMPAT KE-3 BAGI PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA.
Walaupun beliau seorang orang kurang upaya (OKU), Beliau mampu menunjukkan kehebatan beliau dari bidang lain. Itulah Jayalaxhmi a/p Tharumalingamutliyar yang telah memenangi tempat ke-3 bagi Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2016 Bawah 12 Tahun untuk kategori Single. Pertandingan ini telah diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 26 -27 Oktober 2016
Tempat: Gelanggan Petanque Hang Jebat, Melaka.
Masa: 8.00 pagi- 12.30 tengah hari
![]() |
JAYALAXHMI A/P THARUMALINGAMUTLIYAR |
![]() |
PIALA YANG DIMENANGI |
SUMBANGAN DUIT RAYA OLEH AHLI PARLIMEN TANGGA BATU SEMPENA DEEPAVALI
Pada 27 Oktober 2016, Ahli Parlimen Tangga Batu iaitu YB Datuk Dr, Abu Bakar Mohamad Diah telah menyampaikan sumbangan duit raya sempena perayaan deepavali kepada semua murid-murid SJKT Paya Rumput termasuk murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah ini. Sumbangan ini disampaikan oleh ahli MIC Tangga Batu dan diiringi oleh YDP PIBG SJKT Paya Rumput serta Guru Besar SJKT Paya Rumput.
Isnin, 24 Oktober 2016
LAWATAN DARIPADA TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (TKPPM)
Pada
25 Oktober 2016, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) iaitu Dato’
Haji Ahmad Tajudin Bin Jab telah datang melawat ke SJKT Paya Rumput. Secara tidak
langsung beliau juga telah melawat ke Kelas Pendidikan Khas. Beliau diiringi
oleh beberapa pegawai dari Jabatan Pendidikan Melaka.
Ahad, 23 Oktober 2016
MAJLIS PENYAMPAIAN BAJU RAYA SEMPENA DEEPAVALI 2016
Pada 24 Oktober 2016
kelas PPKI SJKT Paya Rumput telah mengadakan majlis penyampaian baju raya untuk
diberikan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang belajar di kelas ppki ini. Majlis
ini juga diadakan sempena perayaan deepavali yang akan tiba tidak lama lagi.
Sebelum itu, Murid ini telah membuat
persiapan pada 19 Oktober 2016 dengan membeli baju raya di pasaraya Mydin.
Program beli-belah ini telah mendapat kerjasama daripada pihak pasaraya Mydin
dengan memberi potongan harga istimewa bagi pembelian baju raya untuk murid
ini.
Majlis ini dirasmikan oleh guru
besar SJKT paya Rumput iaitu Pn. Machap a/p Andiappan serta turut serta ialah
semua Guru Penolong Kanan. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu
bapa bagi menyaksikan majlis ini.
Langgan:
Catatan (Atom)