Selasa, 14 November 2017

AKTIVITI MERENEH SUP

Sup adalah salah satu makanan yang berkhasiat di mana makanan ini tidak menggunakan minyak dan kerana cara masakan ia adalah merebus. Justeru, kelas PPKI SJK(T) Paya Rumput telah mengadakan aktiviti mereneh sup. Pada proses aktiviti ini, pelajar diberi pendedahan juga mengenai cara memasak makanan yang sihat. Disamping itu, pelajar digalakkan memakan makanan yang berkhasiat seperti jenis masakan yang kurang minyak serta kurang garam di dalam masakan. Aktiviti ini dijalankan pada 30 Oktober 2017

Selesai aktiviti mereneh sup pelajar sangat teruja menghirup sup yang dibuat oleh mereka dan dibantu oleh guru serta PPM. 




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan