Khamis, 22 Disember 2016

ANTARA AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH

         Cuti sekolah bukanlah untuk kami warga PPKI SJKT Paya Rumput untuk bersenang-lenang. Pada masa cuti sekolah ini, kelas perlu dibersihkan dan diberikan suntikan baru agar murid-murid yang akan berdaftar pada tahun 2017 dapat merasakan perubahan suasana kelas. Dengan ini, murid-murid tersebut berasa seronok dan bersedia untuk menghadapi sesi pembelajaran tahun hadapan. Antara salah satu aktiviti tersebut adalah mencuci kelas.