Jumaat, 26 Mei 2017

PROGRAM FUN FAIR PRA SEKOLAH

     Pada 26 Mei 2017, prasekolah SJKT Paya Rumput telah mengadakan program Fun Fair di sekolah ini. Prasekolah telah menjemput semua murid pendidikan khas dan semua murid daripada aliran perdana di sekolah ini untuk menyertai program ini, Selain itu, prasekolah juga telah menjemput prasekolah serta tadika berdekatan untuk turut serta dalam program ini. 
  Objektif penganjuran program ini antaranya ialah menkordinasikan pergerakan mata tangan mengikut arah yang betul, memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjuk bakat dalm aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta bersikap positif tentang kebolehan dan kelemahan kendiri.
     Oleh itu, kelas pendidikan khas telah menyertai program ini kerana objektif program ini bertepatan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas. Justeru itu, murid di kelas pendidikan khas dapat belajar sambil bermain serta mendapat hadiah dari sesi program ini. Semua murid berasa teruja untuk menyertai program ini.


Mugesha mencuba nasib di Roda Nasib 


Murid dari Kelas Pendidikan Khas mencuba permainan di Fun Fair ini













    


Rabu, 24 Mei 2017

PROGRAM SARAPAN PAGI

   Pada 19 Mei 2017, Kelas PPKI SJKT Paya Rumput telah menngadakan "Program Sarapan Pagi" bersama-sama murid-murid kelas pendidikan khas. Antara objektif program ini adalah menerangkan cara penyediaan sarapan dan cara mengguna barang dapur terutama barang-barang yang merbahaya dengan betul dan dibimbing oleh guru serta dibantu oleh PPM.






















Selasa, 16 Mei 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

  Pada 16 Mei setiap tahun, Hari Guru akan disambut untuk mengenang jasa warga pendidik. Tidak ketinggalan juga warga SJKT Paya Rumput, meraikan perayaan Hari Guru. Pada 16 Mei 2017, semua guru, kakitangan dan murid telah meraikan Hari Guru ini bersama-sama.Tidak ketinggalan juga warga pendidikan khas sama-sama meraikan perayaan hari guru bersama semua warga sekolah. Aktiviti yang dijalankan juga dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru, kakitangan dan murid. Sambutan Hari Guru ini telah diadakan mengikut ketetapan seperti berikut;

                 Tarikh:      16 Mei 2017
                 Tempat:     Dataran Perhimpunan SJKT Paya Rumput.