Rabu, 27 September 2017

CERAMAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Pada 27 September 2017 SJK (T) Paya Rumput telah mengadakan Ceramah Persatuan Bulan Sabit Merah peringkat sekolah. Ceramah ini mendedahkan kepada murid mengenai pertolongan cemas semasa waktu kecemasan. Selain daripada itu, murid-murid dapat mempelajari cara-cara  melakukan CPR. 

Murid-murid daripada kelas PPKI SJK (T) Paya Rumput juga terlibat dengan ceramah ini. Secara tidak langsung murid-murid ini dapat mempelajari pembelajaran di luar bilik kelas bagaimana untuk melakukan pertolongan cemas.

Ceramah ini diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

          Tarikh:   27 September 2017
          Masa:     11.00 pagi  3.30 petang
          Tempat:  Dewan SJK (T) Paya Rumput



































Rabu, 20 September 2017

PERTANDINGAN MEMASAK BADAN BERUNIFORM

Setiap hari Rabu SJKT Paya Rumput akan mengadakan ko-kurikulum termasuk murid daripada PPKI SJKT Paya Rumput. Pada 20 September 2017 telah diadakan ko-kurikulum badan beruniform. Pada hari ini, Pertandingan Memasak Badan Beruniform peringkat sekolah telah diadakan. Menu yang perlu disediakan ialah mee goreng dan minuman.

Pertandingan ini telah diadakan di kawasan letak kereta guru dan seramai 10 kumpulan murid telah dibahagikan dan perlu menyediakan menu yang telah ditetapkan. Murid daripada PPKI SJKT Paya Rumput juga terlibat dalam pertandingan ini.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan sikap saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam kumpulan. Ini kerana pertandingan ini dijalankan mengikut kumpulan yang telah diberikan. Setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid yang terdiri daripada tahun 4 hingga tahun 6 termasuk murid daripada kelas pendidikan khas.

Selain daripada itu, murid daripada kelas PPKI SJKT Paya Rumput dapat bergaul sesama murid normal di aliran perdana. Ini dapat mengurangkan jurang di antara murid khas dan murid normal.