Selasa, 24 Oktober 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT DEEPAVALI

Setiap kali perayaan kanak-kanak pasti teruja untuk bersama-sama merayakan perayaan tersebut. Ini kerana pada hari tersebut kanak-kanak pasti akan dapat duit raya. Pada hari ini, iaitu 24 Oktober 2017, satu majlis penyampaian duit raya deepavali telah dijalankan di kantin SJKT Paya Rumput, Melaka. Sumbangan duit raya ini disampaikan oleh Datuk S. Mahadevan. Semua murid termasuk dari Kelas PPKI SJKT Paya Rumput begitu teruja dengan majlis ini. Selain daripada itu, kuih raya jua diberi kepada semua murid semasa majlis ini berlangsung.



















SAMBUTAN HARI DEEPAVALI PERINGKAT SEKOLAH

Hari Deepavali telah disambut pada 18 Oktober 2017. Semua murid dan guru telah bercuti selama seminggu untuk meraikan perayaan Hari Deepavali. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Deepavali Peringkat Sekolah pada 23 Oktober 2017.

Tidak ketinggalan juga murid-murid dari Kelas PPKI SJKT Paya Rumput bersama-sama dengan murid aliran perdana dalam meraikan sambutan ini. Pelbagai kuih raya dibawa oleh semua mrid termasuk dari Kelas PPKI. Mereka saling bertukar biskut raya dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan di antara mereka.





















Rabu, 11 Oktober 2017

MAJLIS SUMBANGAN BISKUT RAYA

Hari Deepavali akan menjelma lagi. Murid-murid akan membuat persiapan hari Deepavali bersama keluarga tercinta. Justeru Kelas PPKI SJKT Paya Rumput, Melaka membuat sumbangan berupa biskut raya kepada semua murid kelas PPKI SJKT Paya Rumput. Pemberian sumbangan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Oleh itu, satu majlis sempena pemberian sumbangan biskut raya telah diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

          Tarikh:      12 Oktober 2017
          Masa:        10.30 pagi
          Tempat:     Kelas PPKI, SJKT paya Rumput, Melaka