Rabu, 25 Januari 2017

Sesi Pemilihan Tarian Pendidikan Khas

Sesi pemilihan tarian ini telah diadakan untuk mencari bakat tarian yang ada pada pelajar pendidikan khas. Tujuan sesi ini adalah untuk memilih pelajar-pelajar daripada pendidikan khas untuk bertanding mewakili negeri Melaka dalam pertandingan tarian di peringkat kebangsaan. Sesi pemilihan ini telah diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

          Hari:       Selasa
          Tarikh:    24 Januari 2017
          Tempat:  Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Melaka.








PROGRAM CINTAI BUKU TEKS

Program Cintai Buku Teks peringkat sekolah telah diadakan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam sifat menyayangi buku teks supaya pelajar menjaga buku teks dengan sebaik-baiknya seolah-olah buku teks itu adalah sebahagian daripada harta kesayangan mereka. Program ini telah diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

           Hari:       Isnin
           Tempat:  Kantin Sekolah
           Perasmi: Guru Besar
           










Ahad, 15 Januari 2017

SAMBUTAN PONGGAL PERINGKAT SEKOLAH

Pada 16 Januari 2017, SJKT Paya Rumput, Melaka telah mengadakan sambutan Hari Ponggal Peringkat sekolah. Perayaan ini diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

                                 Hari  : Isnin
                                 Masa: 7.30 pagi
                                 Tempat: Dataran SJKT Paya Rumput, Melaka.