Khamis, 20 April 2017

PROGRAM INKLUSIF TERAPI PERGERAKAN KREATIF NEGERI MELAKA

      Pada 20 April 2017, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Melaka dengan kerjasama Institut Seni  Malaysia (ISSMA) telah mengadakan PROGRAM INKLUSIF TERAPI PERGERAKAN KREATIF PERINGKAT NEGERI MELAKA. Program ini telah dirasmikan.oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka iaitu Y.A.B Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron. Program ini telah dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut:

                 Tarikh:    20 April 2017
                 Hari:       Khamis
                 Tempat:  SMK Kampung Gelam, Melaka.
                
   Pelbagai acara serta pertandingan yang dijalankan semasa program ini berlangsung. Antara acaranya ialah Pertandingan Memasak Antara Guru, PPM, Ibu bapa dan Anak MBK, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Gubahan Bunga Sekolah Rendah, Pertandingan Gubahan Sirih Junjung Sekolah Menengah dan pelbagai acara yang menarik telah dijalankan. Acara utama bagi program ini adalah ialah Sesi Pergerakan Kreatif bersama anak-anak MBK.
              





































Isnin, 17 April 2017

MINGGU BAHASA MELAYU

   Pada minggu kedua bulan April telah berlangsung program MINGGU BAHASA MELAYU 2017 PERINGKAT SEKOLAH. Program ini telah diadakan bermula 10 April 2017 hingga 17 April 2017. Perasmian penutup telah diadakan pada 17 April 2017 dan dirasmikan oleh YDP PIBG SJKT Paya Rumput. Murid-murid daripada kelas pendidikan khas juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Antara pertandingan yang dijalankan ialah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Mengeja dan Pertandingan Menyanyi.