Jumaat, 18 Ogos 2017

RIMUP SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEHATI SEJIWA

Tarikh 31 Ogos setiap tahun menjadi satu tarikh yang amat bermakna bagi warga Malaysia. Ini kerana pada tarikh 31 Ogos 1957 menjadi satu tarikh yang bermakna kerana negara Malaysia telah bebas daripada cengkaman penjajah. Pada tarikh ini juga Malaysia telah mencapai kemerdekaannya.

Pada bulan Ogos setiap tahun diadakan Bulan Kemerdekaan sempena meraikan kemerdekaan negara Malaysia. Justeru itu, SJKT Paya Rumput, SK Paya Rumput, dan SJKC Pay Hwa telah mengadakan RIMUP Sambutan Kemerdekaan Sehati Sejiwa. Program ini juga di bawah program RIMUP yang bermaksud Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang bermatlamatkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, 3 jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Paya Rumput mewakili kaum Melayu, Sekolah Jenis Tamil Paya Rumput mewakili kaum India dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Hwa mewakili kaum cina telah bersepakat untuk bersama-sama menyambut sambutan ini.Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan di antara kaum serta memupuk semangat cintakan negara semenjak dari bangku sekolah terutama di kalangan murid sekolah rendah.Program ini dijalankan mengikut ketetapan berikut:

           Hari:            Jumaat
           Tarikh:         18 Ogos 2017
           Tempat:        Padang Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka.
           Penglibatan: Jemaah Nazir Melaka, 
                               Guru, Kakitangan dan Murid SJKT Paya Rumput, SK Paya Rumput, SJKC Pay                                     Hwa.
           Perasmi:       Tuan Teo Soon Tin ( Ketua Nazir Melaka)








PENGACARA MAJLIS




GIMIK PERASMIAN

PERSEMBAHAN MURID DARI SJKC PAY HWA



PERSEMBAHAN MURID SK PAYA RUMPUT

PERSEMBAHAN MURID SJKT PAYA RUMPUT

NYANYIAN LAGU IM4U DARIPADA MURID SK PAYA RUMPUT
























Selasa, 15 Ogos 2017

SAMBUTAN HARIJADI 1/2017

Pada 27 Julai 2017, Kelas Pendidikan Khas SJKT Paya Rumput telah mengadakan sambutan harijadi kali pertama 2017. Sambutan ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar dan guru yang lahir pada bulan Januari hingga Julai. Sambutan ini diadakan di Kenny Rogers Mahkota Parade Melaka. Murid-murid yang diraikan pada majlis harijadi ini ialah Mutujeva, Mugesha, Kesavan dan Prem Raj.