Khamis, 17 November 2016

HARI SUKAN SEKOLAH 2016

            Pada 16 November 2016 SJKT Paya Rumput, Melaka telah mengadakan Hari Sukan Sekolah. Semua murid di sekolah ini terlibat dalam hari sukan ini termasuklah Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang belajar di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SJKT Paya Rumput, Melaka. Semua murid begitu teruja dan seronok untuk menyertai hari sukan ini. Penyertaan  MBK bersama-sama murid normal di aliran arus perdana di dalam acara tahunan sekolah ini,  dapat mengurangkan jurang di antara MBK dan murid normal itu sendiri. Selain daripada itu, kemahiran bekerjasama di dalam berpasukan dapat diterapkan di dalam diri MBK tersebut.

            Tahniah! Diucapkan kepada murid daripada kelas pendidikan khas yang telah menyertai acara sukan tahunan ini.






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan