Selasa, 11 April 2017

SEHARI BERSAMA KANAK-KANAK ISTIMEWA SEMPENA HARI AUTISME SEDUINIA 2017

      Pada 8 April 2017, SJKT Paya Rumput telah mengambil bahagian di dalam Program "Sehari Bersama Kanak-Kanak Istimewa Sempena Hari Autisme Sedunia 2017".  Program ini diadakan sempena meraikan  HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA  yang disambut pada 2 April setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah Pertandingan Mewarna. Pertandingan Mewarna ini juga telah disertai oleh murid-murid Kelas Pendidikan Khas, SJKT Paya Rumput, Melaka. Di dalam pertandingan ini, murid daripada kelas ini telah mendapat tempat keempat yang telah dimenangi oleh Barath a/l Maheasan. Program ini telah diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:


                       Tarikh:       8 April 2017
                        Hari:         Sabtu
                       Tempat:     MITC, Melaka.
                        Anjuran:   Starlight Children's Society Malaysia.( NGO)






Murid dari Kelas Pend. Khas Barath telah memenangi tempat keempat di dalam pertandingan mewarna




Tiada ulasan:

Catat Ulasan