Jumaat, 26 Mei 2017

PROGRAM FUN FAIR PRA SEKOLAH

     Pada 26 Mei 2017, prasekolah SJKT Paya Rumput telah mengadakan program Fun Fair di sekolah ini. Prasekolah telah menjemput semua murid pendidikan khas dan semua murid daripada aliran perdana di sekolah ini untuk menyertai program ini, Selain itu, prasekolah juga telah menjemput prasekolah serta tadika berdekatan untuk turut serta dalam program ini. 
  Objektif penganjuran program ini antaranya ialah menkordinasikan pergerakan mata tangan mengikut arah yang betul, memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjuk bakat dalm aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta bersikap positif tentang kebolehan dan kelemahan kendiri.
     Oleh itu, kelas pendidikan khas telah menyertai program ini kerana objektif program ini bertepatan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas. Justeru itu, murid di kelas pendidikan khas dapat belajar sambil bermain serta mendapat hadiah dari sesi program ini. Semua murid berasa teruja untuk menyertai program ini.


Mugesha mencuba nasib di Roda Nasib 


Murid dari Kelas Pendidikan Khas mencuba permainan di Fun Fair ini













    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan