Selasa, 19 September 2017

AKTIVITI MEMBUAT KEK CAWAN

Pada 14 September 2017, Kelas Pendidikan Khas SJKT Paya Rumput telah mengadakan aktiviti membuat kek cawan di dapur kelas Pendidikan Khas. Aktiviti ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada semua murid mengenai peralatan memasak yang digunakan dan cara peralatan tersebut digunakan. Selain daripada itu, murid-murid diberi pendedahan mengenai aspek keselamatan semasa berada di dapur terutama penggunaan peralatan tajam seperti pisau. Di samping itu, aktiviti ini adalah aktiviti berkumpulan justeru itu murid dapat belajar bagaimana bekerja di dalam sebuah kumpulan dan sikap tolong-menolong dapat diterapkan di dalam diri murid.

Akhir sekali semua murid dapat merasa kek cawan yang telah dibuat oleh mereka. Semua murid berasa gembira menikmati juadah kek cawan tersebut.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan