Ahad, 23 Oktober 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN BAJU RAYA SEMPENA DEEPAVALI 2016

              Pada 24 Oktober 2016 kelas PPKI SJKT Paya Rumput telah mengadakan majlis penyampaian baju raya untuk diberikan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang belajar di kelas ppki ini. Majlis ini juga diadakan sempena perayaan deepavali yang akan tiba tidak lama lagi.
            Sebelum itu, Murid ini telah membuat persiapan pada 19 Oktober 2016 dengan membeli baju raya di pasaraya Mydin. Program beli-belah ini telah mendapat kerjasama daripada pihak pasaraya Mydin dengan memberi potongan harga istimewa bagi pembelian baju raya untuk murid ini.
            Majlis ini dirasmikan oleh guru besar SJKT paya Rumput iaitu Pn. Machap a/p Andiappan serta turut serta ialah semua Guru Penolong Kanan. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa bagi menyaksikan majlis ini.


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan