Selasa, 4 Oktober 2016

SEJARAH SEKOLAH



SJK(Tamil) Paya Rumput telah diasaskan pada tahun 1951 di tapak tanah kepunyaan Ladang Bertam, Paya Rumput di mana terpaksa berkongsi dengan klinik desa. Nama asal sekolah ini  ialah SRJK (T) Ladang Bertam, Paya Rumput, Melaka. Sekolah ini dibina di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Kedua 1971 hingga 1975. Bangunan setingkat ini siap dibina pada tahun 1967 berhampiran dengan Sek.Keb. Paya Rumput dan SRJK © Pay Hwa di Lot Tanah bernombor 26 dengan perbelanjaan bernilai RM 16800.00. Guru Besar sekolah pada masa itu ialah En. J.Anugeram dan Pengerusi En. Sharkey. Enrolmen murid pada masa itu ialah sebanyak 6 orang. Pada tahun 1970 nama sekolah ini telah bertukar kepada SJK (T) Paya Rumput.
Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada satu blok setingkat. Blok ini mempunyai 3 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat.  Sebuah bangunan kantin telah didirikan pada bulan Ogos 1986 dengan harga RM 21,295 oleh kerajaan persekutuan. Pada 15.03.1983, sekolah ini telah mewujudkan sebuah padang permainan yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, 2 buah blok bangunan 2 tingkat telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah di sekolah ini. Projek ini telah dapat disiapkan pada bulan Ogos 2009. Pada 15 Ogos 2009, murid-murid telah berpindah ke bangunan baru. Bangunan lama telah dirobohkan dan dijadikan padang sekolah. Bangunan baru ini menempatkan 6 buah bilik darjah, satu kelas prasekolah, kelas pendidikan khas, kantin, bilik mesyuarat, pejabat, bilik guru, makmal komputer berhawa dingin, dan perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan