Rabu, 19 Oktober 2016

PROGRAM MEMBELI-BELAH DI MYDIN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

    Program Membeli-belah telah diadakan di pasaraya Mydin pada 19.10.2016. Program ini dijalankan sempena perayaan Deepavali yang akan tiba, justeru program ini sekaligus dapat memberi masa kepada murid  bagi persiapan mereka untuk menyambut perayaan Deepavali ini.
          
        Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak pasaraya Mydin di mana, pihak pasaraya Mydin telah memberi harga yang istimewa untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dari SJKT Paya Rumput, Murid-murid MBK ini juga adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

       Selain daripada itu, objektif program ini dapat memberi pendidikan di mana pelajar itu perlu menguruskan kewangan semasa membeli-belah agar perbelanjaan tersebut tidak melebihi daripada jumlah yang ditetapkan. Selain daripada itu, pelajar sendiri dapat belajar kemahiran pengiraan yang telah diajar di dalam kelas.

          Kami daripada pihak SJKT Paya Rumput, berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasaraya Mydin  dalam menjayakan program ini













Tiada ulasan:

Catat Ulasan